Wednesday 11 December 2013

Bahan Aktif Buah Tunjuk Langit

1. FLAVONOIDS seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan tongkat ali. Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi keseluruh badan, agen anti –pengoksidaan.

2. SAPONINS seperti yang terdapat ginseng Panax. Enzim yang bertindak seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah.Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti .

3. BITTER ALKOLOID rasa pahit adalah kerana kandungannya yg tinggi, dapat merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria. Ia membantu membina sel darah putih dan menguatkan imuniti badan. 


1. Flavonoids 

Flavonoid adalah kompaun phenolic yang terdiri daripada lima belas karbon yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan tanah, termasuk bryophytes (hornworts, liverworts, lumut) dan tumbuhan vaskular (paku-pakis, gymnosperms, dan angiosperms). Terdapat lima jenis utama flavonoid:

i) anthocyanin,
ii)flavones,
iii) flavonols,
iv) isoflavonoids, dan
v) proanthocyanidins.

Semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo Biloba dan Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi dalam buah Tunjuk Langit mengandungi enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti pengoksidaan.

-Melancarkan pengaliran darah terutamanya mencegah saluran darah daripada tersumbat-Mengurangkan kandungan tahap kolestrol serta mengurangkan penimbunan lemak pada dinding saluran darah.

Keadaan isi buah tunjuk langit

-Mengurangkan kadar risiko penyakit koronari jantung.

- Tindakan anti-inflamasi yang berkesan, menggalakkan pertumbuhan anti inflamasi dalam system tubuh badan yang berkenaan.

-Membantu mengurangkan kesakitan, pendarahan, lebam dan juga mengurangkan kecederaan tisu baban.

-Bertindak sebagai anti pengoksidaan.-Mempunyai fungsi penyingkiran Radikal Bebas (Free Radical)


FUNGSI-FUNGSI UTAMA FLAVONOIDS DAN BIOFLAVONOIDS


· Mengurangkan paras gula dalam darah dan 

· menyeimbangkan kandungan gula dalam darah.

· Memperbaiki kelancaran peredaran darah.

· Menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh badan.

· Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah.

· Mengurangkan kandungan kolesterol yang tidak baik LDL dalam darah.

· Bioflavonoid semulajadi ini mampu membesarkan saluran darah serta memperbaiki peredaran darah

· Bertindak sebagai anti pengoksida.



2. SAPONINS 

Enzim semulajadi seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Tunjuk Langit dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana meningkatkan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah. Kandungan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjung dunia iaitu herba Ginseng Panax. 

-Menjadi agen penghalang penyakit barah dan mengurangkan lemak badan / kolestrol.-Meningkatkan system imuniti dan mempertingkatkan kecergasan.

-Mengurangkan pembekuan darah dan tahap gula dalam darah.

-Menguatkan fungsi jantung dan melambatkan proses pembekuan darah. Di samping itu, SKY FRUIT juga mengandungi pelbagai sumber semulajadi seperti protiem, mineral, vitamin, enzim, karbohidrat, asid lemak perlu dan beberapa zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan.

Keistimewaan SKY FRUIT adalah kandungan semula jadi yang diperolehi mudah terhadam dan diserap oleh tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan.

Fungsi-fungsi Utama Saponins


· Mempertingkatkan daya imuniti tubuh badan.

· Merangsangkan perembesan insulin dari pankreas.

· Meningkatkan fungsi pembinaan darah.

· Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan.

· Melancarkan sistem saluran pernafasan.

· Meningkatkan daya penghasilan sperma lelaki.

· Memperbaiki sistem peredaran darah.

· Menyah toksid dalam badan (Detoksifikasi)

· Mengelakkan kemabukan dan keracunan.

· Mententeramkan fikiran dan otak.

· Menghilangkan kelesuan minda.

· Melambatkan proses penuaan.

· Memperbaiki isomnia.

· Menguatkan hati.


3. BITTER ALKOLOIDS 

Adalah unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Biji Tunjuk Langit adalah pahit jika dimakan begitu saja. Rasa pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkoloids yang tinggi di mana ini membuatkan darah di dalam badan terasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

Faedah-faedah lain:

Menghilangkan sembelit / penghadaman, 
Gastrik
Saraf
Mencegah ketumbuhan Tumor
Kecantikan kulit
Jerawat
Rheumatism 
Lelah
Nyanyuk


No comments:

Post a Comment