Friday 20 December 2013

Penemuan Dr. Larry Mengenai Buah Tunjuk Langit


Skyfruit atau  Swietenia macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. Ia digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu.
Pokok Tunjuk Langit mempunyai akar yang serumpun, berwarna merah dan memiliki rasa lemak. Ia mudah tumbuh di kawasan lembah yang lembab dan agak teduh. Kebiasannya herba ini boleh didapati berhampiran dengan kampung dan kebun kecil getah di bahagian utara Semenanjung.
Pokok ini digunakan sebagai ubat tradisi untuk membuat ubat periuk bagi wanita selepas bersalin. Manakala pucuknya dijadikan sayur dan kadang kala dimakan bersama sirih. Jauh daripada itu rizomnya pula digunakan untuk merawat batuk, penyakit siplis, caranya dimakan bersama sirih dan juga dijadikan tonik. Bagi batangnya yang tua pula boleh digunakan untuk menganyam tikar.
Pelik tapi benar, cuba lihat gambar, kedudukan buahnya menegak ke arah langit, sebab tu namanya tunjuk langit. Subhanallah…Memang menakjubkan ciptaan Allah itu. Untuk pengetahuan anda, pokok tunjuk langit ni berbuah setahun sekali sahaja.
Buahnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik di dunia. Buah tunjuk langit adalah semulajadi, mengandungi nutrien yang tinggi kerana akarnya mencecah 20 kaki ke dalam tanah. Tidak mengandungi kesan sampingan walaupun diambil dalam tempoh masa yang lama.
Tiga bahan aktif yang utama
1. FLAVONOIDS seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan tongkat ali. Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi keseluruh badan, agen anti –pengoksidaan.
2. SAPONINS seperti yang terdapat ginseng Panax. Enzim yang bertindak seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah.Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti .
3. BITTER ALKOLOID rasa pahit adalah kerana kandungannya yg tinggi, dapat merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria. Ia membantu membina sel darah putih dan menguatkan imuniti badan.
Buah tunjuk langit ini mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia merupakan satu anugerah dan keajaiban dari Allah SWT kepada kita.
“Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya” – QS Faathir:27

No comments:

Post a Comment